fbpx
Now Reading
Padah Terbang Ke Tioman dari Selangor Tanpa Kebenaran, Pilot & Penumpang Dikompaun

Padah Terbang Ke Tioman dari Selangor Tanpa Kebenaran, Pilot & Penumpang Dikompaun

Jalan darat tutup dia guna jalan udara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang kerajaan ketika ini sedang melaksanakan PKPB di Sabah, Selangor Putrajaya dan Kuala Lumpur dalam menangani penularan wabak Covid-19

Justeru sebarang aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan melainkan atas urusan pekerjaan atau menerusi kebenaran polis sekiranya melibatkan hal kecemasan.

Terbaru, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun selepas terbang merentas sempadan negeri tanpa sebarang surat kebenaran dari Selangor ke Pulau Tioman.

Difahamkan mereka dikenakan tindakan tersebut selepas pesawat ringan yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azari Miskon dalam satu kenyataaan berkata, keempat-empat individu termasuk seorang wanita berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor dan mendarat di lapangan terbang pulau peranginan itu pada 3 petang.

“Selain juruterbang persendirian itu, kapal terbang tersebut dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan akitivti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman.

Tiada surat kebenaran polis atau surat majikan

“Mereka didapati tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor,” katanya lagi.

Jelas Azari lagi, kompaun berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran.

Terbang pulang khamis pagi & dipakaikan gelang kuarantin

Beliau berkata, mereka juga bersetuju untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi Khamis memandangkan juruterbang persendirian mendakwa tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam.

“Untuk malam ini (semalam), pihak Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan gelang kuarantin kepada empat individu itu selain akan dipantau oleh pasukan pemantauan sehingga mereka bertolak pulang esok (hari ini),” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.