fbpx
Now Reading
Luka Di Muka & Patah Jari Tangan, 2 Polis Cedera Diserang Kumpulan Samseng [Video]

Luka Di Muka & Patah Jari Tangan, 2 Polis Cedera Diserang Kumpulan Samseng [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video di media sosial yang memperlihatkan beberapa orang anggota polis diserang sekumpulan invididu sewaktu sedang bertugas

Lebih memburukkan keadaan apabila ada di antara individu terbabit menghentak botol kaca ke arah anggota polis tersebut ketika mereka menjalankan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19

Kejadian yang berlaku di Lembah Sireh, Kota Bharu dua hari lalu menyebabkan netizen berang dan berharap agar individu-individu terbabit dikenakan hukuma yang setimpal apatah lagi anggota polis berkenaan dilihat langsung tidak menggunakan kekasaran .

Menerusi laporan Harian Metro, pegawai polis iaitu Inspektor N Indra Nahu, 33, cedera di muka akibat ditumbuk dan dicakar, manakala Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sukeli, 29, mengalami patah jari tangan kanan.

Kejadian berlaku di sebuah kedai shisha

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat di Kampung Perupok yang ditemui media sewaktu melawat salah seorang dari polis terbabit memaklumkan anggotanya pada waktu itu sedangn menjalankan operasi bersama pihak Majlis Daerah Kota Bharu-Bandaraya Islam (MDKB-BRI) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di sebuah kedai shisha.

Mereka bagaimanapu terus diserang sekumpulan lelaki selepas memperkenalkan diri di sana

“Dalam pergelutan itu, ada yang cakar pipi, menumbuk dan sebagainya.

POLIS PARAH-DISERANG Seorang anggota polis cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di premis menjual shisha di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi. Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, anggota berkenaan Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan

POLIS PARAH-DISERANGSeorang anggota polis cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di premis menjual shisha di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, anggota berkenaan Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Mohamad Sukeli, 29 tahun daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu retak jari kanan selepas mempertahankan pegawainya ketika menjalankan operasi pematuhan SOP Covid-19 di Lembah Sireh, pukul 8.40 malam.Menurut beliau kejadian berlaku selepas pemilik premis berkenaan tidak berpuas hati dan bertindak menghalang pasukan penguatkuasa termasuk anggota Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan RELA untuk menjalankan tugas mereka untuk memeriksa premis terbabit.Turut cedera dalam pergelutan tersebut, pegawai polis, Inspektor N. Indra Nahu, 33 tahun yang dicakar dan ditumbuk di pipi.Beliau memberitahu pemberita selepas menziarahi anggotanya, Lans Koperal Tuan Hafizuddin di Kg Perupok, Bachok, Kelantan petang tadi.Dalam operasi pematuhan SOP Covid-19 Jom follow instagram kelantan 🥰www.instagram.com/kelantanig

Posted by Kelantan on Thursday, October 15, 2020

3 ditahan 1 lagi diburu

Susulan kejadian tersebut tiga lelaki sudah ditahan termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai manakala seorang lagi masih dalam buruan

“Polis berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun termasuk seorang lelaki dipercayai pemilik kedai, seorang lagi rakan mereka berjaya ditangkap pada 3.40 pagi tadi di Machang,” katanya.

Jelas Shafien lagi  seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Patah jari selepas lindungi kepala rakan polis dari dihentak kaca

Dalam pada itu seorang anggota polis yang cedera itu Tuan Hafizuddin memaklumkan dia cedera sewaktu cuba menghalang salah seorang suspek dari menghentak botol kaca ke kepala Inspektor N Indra.

“Sebaik lihat mereka bertindak agresif, kami diarahkan untuk menangkap kumpulan itu namun mereka bertindak menumbuk, mencakar dan cuba mencederakan pegawai menggunakan botol kaca,”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.