fbpx
Now Reading
Hajat Lebih Langsing Tak Kesampaian, Bakal Pengantin Temui Ajal Semasa Rawatan Sedut Lemak

Hajat Lebih Langsing Tak Kesampaian, Bakal Pengantin Temui Ajal Semasa Rawatan Sedut Lemak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana menginginkan bentuk badan yang menarik dan langsing, gadis berusia 23 tahun menjadi korban. Gadis malang yang dikenali sebagai Coco Siew Zhi Shing, disahkan meninggal dunia di Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Oktober lalu, ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat kecantikan.

Mangsa dikatakan bertindak untuk melakukan operasi membuang lemak sebagai persedian awal untuk kelihatan menarik di majlis perkahwinannya yang dikhabarkan bakal berlangsung pada 2021 bersama pasangannya yang merupakan warga Afrika Selatan.

Kredit: Says

Menurut portal tempatan melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Saiful Azly berkata, kejadian cemas itu berlaku sejurus selepas mangsa menerima suntikan pada bahagian tangannya.

Secara tiba-tiba, mangsa mengalami sesak nafas dan mengakibatkan muka dan badan mangsa menjadi pucat lalu rebah.

Kredit: Juice Online

Risau akan sesuatu yang lebih buruk berlaku, pemilik pusat kecantikan terbabit bertindak untuk menghubungi ambulan dan mangsa telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan kes itu, pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh dan mendapati bahawa pusat kecantikan tersebut mempunyai lesen sah berdaftar namun mereka tiada kepakaran dalam melaksanakan proses sedut lemak.

Apabila disoal siasat, pemilik pusat kecantikan menyatakan bahawa dia telah didesak oleh mangsa untuk melakukan prosedur berkenaan sungguh pon sedar akan komplikasi yang bakal terjadi.

Kredit: RedChili21 MY

Bagi membantu siasatan, polis terpaksa menahan pemilik serta anak perempuannya yang masing-masing berusia 49 tahun dan 23 tahun. Tindakan reman dikenakan selama tiga hari sehingga 21 Oktober ini, di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.

Pihak polis masih menunggu keputusan autopsi mangsa bagi mengetahui punca sebenar kematian tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.