fbpx
Now Reading
Suspek Bunuh Kanak-Kanak Selamatkan Ibu Dari Dirogol Ditemui Mati Dalam Tahanan

Suspek Bunuh Kanak-Kanak Selamatkan Ibu Dari Dirogol Ditemui Mati Dalam Tahanan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu tular kisah menyayat hati dimana seorang anak kecil berusia 9 tahun ditetak sehingga mati gara-gara cuba menyelamatkan ibunya dari menjadi mangsa rogol

Kejadian yang berlaku di Kota Langsa, Aceh Timur, Indonesia itu menyebabkan netizen sana berang dan berharap agar si pelaku dikenakan hukuman berat di atas kesalahan yang dilakukannya terhadap mangsa, Rangga.

Terbaru suspek, Samsul Bahri, 36 yang telah ditahan atas kesalahan bunuh dan rogol beberapa hari lalu itu dilaporkan mati di dalam sel tahanan pada 18 Oktober, Ahad.

Mati kerana dehidrasi

Ketua Unit Siasatan Jenayah Aceh Timur, Arife S Sukmo memaklumkan suspek dikenali dengan nama Samsul,36 mengalami dehidrasi teruk kerana enggan makan mahupun minum

Pasukan polis tempatan bagaimanapun masih belum memberi keterangan penuh mengenai punca kematian suspek tersebut

Suspek enggan bekerjasama

Suspek sebelum ini enggan memberikan kerjasama untuk mendedahkan lokasi mayat Rangga sewaktu disoal siasat polis.

Mayat Rangga bagaimanapun telah ditemui beberapa orang nelayan yang sedang mencari ikan di sungai sebelum mereka melaporkannya kepada pihak polis

Mayat Rangga kemudiannya dibawa ke hospital dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapan kesan tetakan di bahagian leher, dagu. Lebih menyedihkan apabila jari kelingking tangan kiri mangsa juga hilang dipercayai dipotong oleh suspek.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.