fbpx
Now Reading
Tabung Bantuan Untuk Bekalan Perubatan Sabah Cecah RM 300,000

Tabung Bantuan Untuk Bekalan Perubatan Sabah Cecah RM 300,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang negara kita ketika ini sedang berdepan gelombang ketiga Covid-19 dengan Sabah menjadi negeri yang paling teruk terjejas.

Lebih memburukkan keadaan apabila hampir 100 orang petugas barisan hadapan kini turut dijangkiti wabak maut tersebut .

Merasakan perlu membuat sesuatu, Yayasan Osimal yang dipimpin bekas Ketua Hakim Negara,  Tan Sri Richard Malanjum sekali lagi menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan kali ini dengan membekalkan kamar isolasi boleh bergerak berharga RM 130,000 untuk Hospital Likas bagi merawat pesakit Covid-19

Foto : Bernama

Jelasnya semua itu adalah hasil dana yang dikumpul dari orang ramai yang bermurah hati membantu mereka.

“Kamar isolasi itu tiba pada jumaat malam dan telah di hantar ke Hosital Likas

Foto : Twentytwo13

“Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para penderma kerana mereka begitu bermurah hati membantu kami atas semangat ‘rakyat jaga rakyat.'” kata Malanjum.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan menyerahkan 20 unit respirator (PAPR) yang berjumlah RM 160,000 pada isnin ini untuk kegunaan hospital.

“Selain peralatan ini, kami akan menyerahkan kira-kira 20 unit respirator pemurni udara (PAPR) pada Isnin ini yang setiap satunya bernilai RM8,000,” katanya kepada pihak media menjadikan jumlah sumbangan bernilai lebih RM 300,000

Foto : NSTP

Mereka juga difahamkan merancang untuk membekalkan satu lagi kamar isolasi bergerak kepada satu lagi hospital iaitu Hospital Queen Elizabeth

Sebagai rekod negara semalam mencatat kes tertinggi sebanyak 871 kes baharu dengan Sabah paling teruk terjejas iaitu sebanyak 702, rekod terburuk pernah dicatatkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.