fbpx
Now Reading
Macau Scam : “Addy Kanna & Alvin Goh Tidak Terlibat” – PDRM

Macau Scam : “Addy Kanna & Alvin Goh Tidak Terlibat” – PDRM

Sebaliknya mereka merupakan ‘koordinator’ sindiket penipuan antarabangsa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sebelum ini gempar apabila media melaporkan beberapa individu termasuk mereka yang bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram atau Macau Scam.

Kes berkenaan membuatkan netizen tidak duduk diam lantas cuba mengorek siapakah individu yang dimaksudkan dan hasilnya beberapa nama mula dikaitkan dengan kes terbabit.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro & Sinar Harian , hasil siasatan PDRM mendapati dua dari invididu yang ditahan SPRM berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini, iaitu Addy Kanna dan Alvin Goh tiada kaitan dengan kegiatan Macau Scam di negara ini .

Ini kerana menurutnya penipuan tersebut dilakukan oleh sindiket berbeza atau secara ringkasnya oleh satu lagi kumpulan lain.

Sebaliknya mereka berdua merupakan koordinator atau agen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga negara China yang diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh rakyat China

Polis ketika ini sedang giat memburu Alvin Goh Leong Yeong yang berjaya melarikan diri tempoh hari

Perkara itu dikongsikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed kepada media selepas diminta mengulas satu rakaman perbualan telefon yang tular pada minggu yang dikatakan dilakukan oleh seorang ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna.

“Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong @ Alvin yang melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

Malah menurut beliau dakwaan yang kononnya Addy Kanna akan dibebaskan juga tidak tepat kerana dia kini sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.

“Malah dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan,” kata Huzir yang dihubungi Harian Metro.

Menerusi Sinar Harian, Huzir juga memaklumkan akan mendedahkan butiran kegiatan penipuan kedua mereka dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham di kalangan orang ramai

Video yang tular di media sosial

Terdahulu tular satu perbualan di media sosial dipercayai membabitkan seorang lelaki yang cuba menipu seorang mangsa dengan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Namun dalam video berdurasi 13 minit 34 saat itu,dia yang gagal dalam cubaan menipu akhirnya mengakui penglibatannya dalam sindiket penipuan.

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa Addy Kanna akan dilepaskan dalam masa terdekat memandangkan dia mempunyai jaringan hubungan dengan orang berpengaruh .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.