fbpx
Now Reading
9 Sekeluarga Maut, Makan Mee Yang Disimpan Lebih Setahun

9 Sekeluarga Maut, Makan Mee Yang Disimpan Lebih Setahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

9 beranak di Jixi, China maut setelah makan sejenis mee buatan sendiri yang dipercayai telah disimpan dalam peti sejuk selama etahun.

Mee tersebut yang diberi nama Suantangzi, merupakan satu makanan yang begitu popular di bandar Jixi. Difahamkan ianya diperbuat dari pati jagung yang diperam, namun disebabkan terlalu lama disimpan, ianya menghasilkan Bongkrek Acid .

Menerusi laporan portal Mirror, pada mulanya tujuh mangsa yang terdiri dari orang dewasa meninggal dunia terlebih dahulu 5 hari selepas mengambil hidangan tersebut sebelum seorang lagi meninggal 2 hari kemudiannya .

Mee Suangtangzi yang tebal dan menggunakan pati jagung. Foto sekadar hiasan

Mangsa terakhir yang dikenali dengan nama Li pula dilaporkan meninggal pada isnin lalu.

Namun 3 kanak-kanak dari ahli keluarga mereka terselamat selepas ketiga mereka menolak untuk memakannya disebabkan rasa dan bau yang kurang enak pada makanan tersebut.

Menurut Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei, Bongkrek Acid boleh menyebabkan seseorang itu maut hanya dalam 24 jam.

 Jelasnya lagi, Bongkrek Acid ini juga boleh memberi kesan yang serius terhadap organ manusia seperti hati, ginjal, jantung dan otak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.