fbpx
Now Reading
Padah Hina Agong Di Facebook, Polis Siasat Ho Ruey Terng

Padah Hina Agong Di Facebook, Polis Siasat Ho Ruey Terng

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Padah memuat naik status jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seorang pemilik kepada laman Facebook yang menggunakan nama Ho Ruey Terng kini sedang dsiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, polis kini menjalankan siasatan susulan laporan yang dilakukan berhubung hantarannya itu media sosial.

“Kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu telah dibuka kerana memuat naik hantaran menghina Agong.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu tangkap layar kenyataan dimuat naik seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ho Ruey Terng dengan lantangnya mendakwa Yang di-Pertuan Agong seorang diktator gagal yang menyelesaikan permasalahan yang wujud akibat penularan Covid-19.

Hantaran tersebut menyebabkan netizen berang dan meminta agar pemilik akaun berkenaan segera dikesan dan ditangkap .

Hasil carian kami bagaimanapun mendapati akaun berkenaan telah di nyahaktifkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.