fbpx

Suspek Lompat Pagar SPRM Berjaya Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah ungkapan sesuai buat Alvin Goh yang yang akhirnya berjaya ditahan polis selepas 15 hari melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu.

Ditahan di Genting Higlands bersama seorang wanita

Alvin Goh atau nama betulnya Goh Leong Yeong @Alvin , yang merupakan suspek utama bagi kegiatan Macau Scam judi dalam talian dan pengubahan wang haram ditahan polis, pada jam 1.20 pagi tadi Genting Highland.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed, dia kemudiannya ditahan bersama seorang wanita sebelum dibawa ke  Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Huzir Foto bernama
Menurut Datuk Huzir Mohamed suspek kini dibawa ke IPKKL untuk tujuan permohonan reman.

Dibawa ke IPK KL untuk permohonan reman

“Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman.

“Suspek dikehendaki polis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian,” katanya ketika portal Harian Metro

Menerusi laporan Metro lagi, penahanan suspek juga berjaya dilakukan susulan operasi khas diadakan polis .

Terdahulu pada 11 Oktober lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan laporan suspek berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar di ibu pejabat SPRM yang kemudiannya dimaklumkan dengan bantuan 2 orang pengawal peribadinya serta seorang lagi yang sudah menunggu dengan kenderaan di luar pagar.

Dia ketika kejadian sepatutnya diserahkan kepada polis bersama 3 lagi suspek utama dalang Macau Scam dan dua anggota polis bagi membantu siasatan .

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.