fbpx
Now Reading
Mahu Kembali Ke Malaysia, Ribuan Warga Bangladesh Tunjuk Perasaan di Dhaka

Mahu Kembali Ke Malaysia, Ribuan Warga Bangladesh Tunjuk Perasaan di Dhaka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat visa pekerja mereka sudah tamat tempoh, ribuan warga Bangladesh mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Luar di Dhaka, Bangladesh pada hari Isnin yang lalu.

Menurut laporan New Age Bangladesh, dianggarkan seramai 25,000 ribu merupakan pekerja yang pulang ke sana untuk bercuti. Namun, sejak penularan pandemik Covid-19 berlaku telah menyebabkan mereka semua terkandas dan tidak dapat kembali semula ke Malaysia.

Kredit: Newage Bangladesh

Mereka yang mengharapkan agar kerajaan campur tangan bagi membantu dalam menyelesaikan isu dokumen perjalanan mereka untuk kembali bekerja di Malaysia.

Selain itu, mereka yang juga mahukan dana kewangan dari kerajaan disebabkan ketiadaan pekerjaan selama lebih 7 bulan.

Kredit: pn bbc portal

Susulan itu, Masud Momen merupakan Setiausaha Luar memberikan jaminan yang kerajaan Bangladesh akan berbincang dengan Malaysia untuk menyelesaikan permasalahan mereka.

Masud yang mengatakan hal tersebut ketika bercakap dengan penunjuk perasaan yang diadakan di hadapan Kementerian Luar di Dhaka pada waktu itu.

Kredit: Malaysia Dateline

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.