fbpx
Now Reading
Isu Kubur ‘Berdarah’, Polis Akhirnya Dedahkan Hasil Siasatan

Isu Kubur ‘Berdarah’, Polis Akhirnya Dedahkan Hasil Siasatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar September lalu rakyat negara kita digemparkan dengan satu kejadian aneh dimana sebuah kubur di Masjid Al-Irfan Derga, Alor Setar dikatakan telah mengeluarkan darah.

Lebih mengejutan apabila tular video berdurasi 16 saat yang bertebaran di aplikasi Whatsapp dan media sosial.

Isu berkenaan kemudiannya mendapat liputan meluas banyak portal tempatan dan turut menarik perhatian pihak berkuasa yang kemudiannya tampil mengambil sampel tanah di kubur berkenaan untuk sisatan.

Hanyalah cairan campuran minyak dan cat

Foto Fail . Foto : Awani

Terbaru, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan mendedahkan hasil siasatan mendapati ‘darah’ tersebut sebenarnya hanyalah cairan yang terdiri dari campuran minyak dan cat .

Menurutnya pihak polis percaya insiden berkenaan sengaja diwujudkan oleh individu-individu nakal hanya untuk meraih perhatian orang ramai

“Hasil siasatan dan kajian saintifik yang telah dilakukan oleh pihak kami mendapati warna yang dikatakan darah itu sebenarnya adalah cecair yang dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu seperti minyak dan cat.

“Kebetulan kubur ada lekuk memudahkan mereka meletak cairan berkenaan”

Foto fail . Foto : Kosmo

“Jika dilihat cecair itu memang macam darah tetapi bukan sebenarnya. Kubur itu masih baharu dan kebetulan ada lekuk, mudah untuk mereka letakkan benda itu (cecair merah),” katanya.

Pendedahan ini sekaligus menjawab tanda tanya orang ramai mengenai situasi sebenar di situ apatah lagi ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan isu isu mistik sehingga dikhuatiri akan mengaibkan penghuni kubur berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.