Sepasang Suami Isteri Hulur Bantuan Kepada Rakyat Malaysia di Singapura
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sepasang suami isteri menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang menetap di Singapura dengan memberikan barangan keperluan harian yang diletakkan di pintu hadapan rumahnya di Singapura.
Kamisah Sooki dan suami merupakan warga Singapura itu dikatakan meletakkan barangan tersebut sekitar jam 8 malam dihadapan rumahnya sebelum memuat naik di laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers itu.
“Kami juga pernah berasa susah…tidur beralaskan kotak…jadi kami memahami apa yang dilalui sebahagian rakyat Malaysia disini.
“Kepada rakyat Malaysia di Singapura…sesiapa yang sudi boleh ambil sahaja yang perlu di depan pintu rumah saya. Saya dah sediakan plastik seberapa banyak yang kalian mahu ambil,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil meletakkan alamat rumahnya.
Dia yang tidak menyangka niat murninya bersama suami disambut baik oleh orang ramai apabila mereka bertindak menambah lagi stok barangan tersebut selepas satu jam.
“Ada beberapa keping piza untuk anda malam ni ye,” tulisnya lagi di laman Facebooknya yang bernama Karlmizah Nordy pada malam semalam.
Sehubungan itu, Kamisah yang berusia 55 tahun itu bersama suaminya merupakan pengawal keselamatan berkata mereka terpisah dengan 4 orang anaknya di Malaysia sejak Mac yang lalu, disebabkan oleh kawalan pergerakan antara sempadan 2 negara itu diperketatkan.
“Saya mempunyai rumah sewa di Kampung Melayu Majidee. Setiap minggu saya akan ke Johor Bahru. Ketika ini, anak bongsu menetap di situ.
“Setiap 3 bulan saya akan menziarahi 3 lagi anak saya yang masing-masing berada di Kota Bharu, Kelantan, Kulim, Kedah dan Kota Tinggi, Johor.
“Jadi saya amat memahami perasaan terpisah dengan keluarga. Saya pun rindukan anak-anak dan cucu-cucu,” katanya lagi.
Pasangan suami isteri ini merupakan warga Singapura yang menyewa di Blok, 180C, Marsiling Road.
Semoga Allah memberkati keluarga pasangan ini dan meluaskan rezeki mereka yang bermurah hati menolong rakyat Malaysia di sana, Amin.