fbpx
Now Reading
Annuar Musa Umum KL Jadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’ Bermula 15 November

Annuar Musa Umum KL Jadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’ Bermula 15 November

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 benar-benar memberikan impak kepada penduduk dunia bukan sahaja dari kesihatan malahan dari segi sumber pendapatan.

Malah dalam negara sahaja sudah lebih 800,000 individu yang telah kehilangan pekerjaan dan angkanya juga dijangka akan terus meningkat.

Sehubungan itu Pihak Berkuasa Tempatan iaitu DBKL telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai kawasan bebas berniaga selama enam bulan bermula 15 November ini.

Mereka bagaimanapun perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang akan ditawarkan secara percuma.

Perkara itu dikongsikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kepada media sewaktu ditemui dalam satu majlis menyerahkan bantuan berbentuk gerai, lesen penjaja dan sebuah unit Projek Perumahan Rakyat kepada seorang ibu tunggal Nurjahan Mariamah Abdullah, 45, di Taman Desa.

“Mulai Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’ …sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

“Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan,” katanya kepada media petang tadi

Jelas Annuar lagi beliau juga sudah berbincang bersama majlis perwakilan penduduk di ibu negara mengenai perkara berkenaan dan telah meminta kerjasama mereka dalam membuat pemantauan di peringkat komuniti.

Beliau bagaimanapun mengingatkan para peniaga agar mematuhui beberapa perkata antranya tidak berniaga di kawasan yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas serta cakna kebersihan

Puan Mary bersama stall barunya

Terdahulu kisah Nurjahan Mariamah atau turut dikenali sebagai Puan Mary tular selepas dia kehilangan mata pencarian sebagai tukang cuci akibat COVID-19.

Susulan dari itu, ibu tunggal kepada 3 orang kemudian terpaksa menjual nasi lemak dan bihun menggunakan troli di kawasan Taman Desa demi menanggung kesemua anaknya dan juga ibunya.

Kisah berkenaan kemudian tular sehingga mendapat perhatian ramai, termasuk Annuar Musa dan DBKL sendiri

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.