fbpx
Now Reading
Tak Sekepala, Trump Pecat Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper

Tak Sekepala, Trump Pecat Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seluruh dunia sudahpun mengetahui yang Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebenarnya sudahpun tewas bagi Pilihanraya Presiden AS kepada pencabarnya Joe Biden.

Namun Trump dilihat masih enggan mengakui kenyataan tersebut malah bertindak memfailkan saman dan mencabar keputusan berkenaan

Terbaru Trump yang hanya berbakikan 10 minggu sebagai Presiden AS mengambil langkah lebih drastik dengan memecat Setiausaha Pertahanannya, Mark Esper.

Perkata itu dikongsikan Trump kepada orang ramai menerusi laman Twitter miliknya

“Mark Esper telah dipecat. Saya mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau,” umum Trump .

Keputusan Trump menimbulkan kebimbangan dan ramai menjangkakan dia akan mengambil langkahyang sama terhadap ramai lagi pegawai kanan pasukan keselamtan di sana.

Chris Wray (kiri) dan Gina Haspel (kanan) yang tidak menyokong Trump juga dipercayai bakal dipecat oleh Trump

Antara yang disebut bakal dipecat oleh Trump ialah Pengarah Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) Gina Haspel dan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Chris Wray.

Kedua mereka sebelum pilihanraya lagi sudahpun dilihat tidak menyokong Trump  manakala Esper sudah pun tidak sehaluan dengan Trump sejak awak tahun susulan tindakan Trump menggunakan Pengawal Negara untuk menghentikan demonstrasi di seluruh AS.

Namun satu yang pasti ketegangan diantara pihak Pentagon dan pasutkan keselataman bersama Trump pastinya mengundang kerisauan penduduk AS

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.