fbpx
Now Reading
UAE Kini Benarkan Minum Arak, Kekasih Tinggal Bersama Tanpa Berkahwin

UAE Kini Benarkan Minum Arak, Kekasih Tinggal Bersama Tanpa Berkahwin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Negara UAE hari ini menjadi tumpuan satu dunia apabila membuat rombakan secara besar-besaran dalam sistem undang-undang syariah Islam negara itu.

Jika sebelum ini mereka dikenali sebagai negara mempunyai undang-undang Islam yang ketat, kini semuanya berubah apabila melakukan beberapa perubahan yang begitu mengejutkan masyarakat islam seperti membenarkan pengambilan arak, selain mengizinkan pasangan yang belum berkahwin dibenarkan untuk tinggal bersama.

Difahamakan tujuan undang-undang dirombak adalah untuk meningkatkan status ekonomi dan sosial negara Arab tersebut selain satu usaha mereka untuk menarik lebih ramai pelancong serta pelabur dari negara-negara luar;

Menerusi laporan Daily Mail, rombakan ini dilakukan setelah negara berkenaan menjalinkan hubungan dengan Israel justeru satu usaha untuk menarik pelancong dan perniagaan dari sana.

Dengan rombakan ini, rakyat UAE kini sudah dibenarkan membeli dan mengambil minuman keras samada di tempat persendirian dan tempat awam. Ia jelas jauh berbeza dengan keadaan sebelumnya dimana pengambilan arak hanya dibenarkan untuk orang asing yang mempunyai lesen khas.

Namun had umur yang dibenarkan untuk membeli dan meminum arah adalah 21 tahun keatas

Selain itu beberapa undang besar lain turut diubah antaranya pasangan yang belum berkahwin juga sudah dibenarkan tinggal bersama berbanding sebelum ini yang merupakan satu jenayah serta , perbuatan membunuh diri atau percubaan bunuh diri juga bukan lagi satu kesalahan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.