fbpx

Usahawan Kosmetik Bergelar Datuk Seri Ditahan Dalangi Sindiket Dadah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang usahawan kosmetik yang bergelar Datuk Seri dan adiknya telah ditahan oleh pihak polis di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, selasa lalu kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

Menerusi laporan Utusan, lelaki berkenaan bersama adiknya, seorang anggota tentera ditahan bersama 126.85 kilogram dadah jenis syabu yang dibungkus di dalam bungkusan teh cina yang dianggarkan bernilai RM 5 juta pada jam sekitar 4:30 petang.

Kedua-dua mereka yang berusia 31 dan 25 tahun, telah menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum mengedarkan bekalan dadah tersebut ke negara jiran.

Laporan Harian Metro pula menyebut kedua mereka ditahan di dalam sebuah Ford Mustang bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri suspek. Kereta berkenaan kemudiannya turut dirampas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, serbuan berkenaan dilakukan dengan kerjasama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang.

Tambah Arjunaidi, suspek menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ pada kad perniagaannya namun carian polis mendapati namanya tidak terdapat dalam carian nama gelaran berkenaan.

“Pada kad perniagaan suspek pertama, menyatakan dia ‘Datuk Seri’ tetapi semakan mendapati namanya tiada. Kemungkinan dia menggunakan gelaran itu secara tidak sah, polis masih lagi menyiasat.

“Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan urin negatif,” katanya.

Foto : Utusan

Susulan dari penangkapan mereka berdua polis kemudian berjaya tiga lagi suspek iaitu dua warga tempatan dan seorang warga Indoensia yang berusia linkungan 32 hingga 43 tahun.

“Hasil siasatan, telah membawa kepada penahanan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia 32 hingga 43 tahun di kawasan yang sama. Dua warga tempatan terbabit merupakan ahli sindiket ini manakala lelaki warga asing yang pasportnya telah tamat tempoh dipercayai orang tengah bagi urusan jual beli dadah.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka positif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai 19 rekod jenayah lampau.

“Kita turut merampas tiga buah kenderaan iaitu Nissan Almera, Toyota Innova dan Honda HRV dalam serbuan kedua ini,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Selangor di sini hari ini.

Tambah Arjunaidi lagi, hasil siatan polis mendapati dadah jenis syabu itu diseludup dari negara jiran yang terletak di Utara seterusnya melalui Pantai Timur ke Pantai Barat sebelum diedarkan di negara jiran lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.