fbpx
Now Reading
Dakwa DG Hisham Takut Mati, Ahli Parlimen Bintulu Akhirnya Minta Maaf

Dakwa DG Hisham Takut Mati, Ahli Parlimen Bintulu Akhirnya Minta Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini sidang Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa KP Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham ‘takut mati’ seperti lepas tangan dan tidak turun padang melawat kawasan yang kronik diserang Covid-19

Malah lebih mengejutkan apabila dia enggan menarik balik kenyataan tersebut dan mendakwa maklumat tersebut diterima dari barisan hadapan sendiri.

Isu ini kemudiannya menimbulkan kemarahan rata-rata rakyat Malaysia serta pelbagai pihak lainnya yang tidak bersetuju dengan pendapat King Sing yang juga merupakan wakil khas Perdana Menteri Ke China

Terbaru King Sing, menerusi satu kenyataan media akhirnya tampil memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya tempoh hari.

Menurutnya dia langsung tidak terdetik untuk menafikan amalan mulia petugas barisan hadapan, termasuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar demi kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021.

“Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.

“Saya tidak mahu kerana saya, selurh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya dalam kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada Ahad.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.