fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Selepas Tertusuk Pisau Pada Malam Deepavali

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Selepas Tertusuk Pisau Pada Malam Deepavali

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam sibuk membuat persiapan menyambut Hari Deepavali, terdapat sebuah keluarga yang menahan sebak di dada apabila terpaksa menerima hakikat bahawa anak lelakinya ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Kejadian yang berlaku melibatkan seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dadanya tertusuk dengan objek yang tajam di Taman Cempaka Kampung Koh, Sitiawan pada Jumaat lepas.

Kredit: Oh My Media

Dalam kejadian pada jam 10.20 malam itu, J.Adithiyan dipercayai berlari ke arah sepupunya yang berusia 11 tahun yang ketika itu sedang membawakan pisau yang diminta oleh ibunya (ibu saudara) bagi memotong tali ketika membuat kolum.

“Ketika kejadian anak saudara sedang menuju ke luar pintu selepas mengambil pisau yang diminta ibunya.

“Adithiyan ketika itu kebetulan pula sedang berlari-lari masuk ke dalam rumah dan secara tidak sengaja terlanggar kakak sepupunya,” kata D.Mathialagan yang merupakan bapa saudara kepada Adithiyan.

D.Mathialagan yang berusia 43 tahun mengatakan tragedi itu berlaku dengan pantas dan disaksikan oleh ahli keluarga lain yang ketika itu sedang sibuk melakukan persiapan Deepavali.

Kredit: Berita Harian

Sebelum kejadian, Adithiyan yang begitu teruja menyambut Hari Deepavali itu dikatakan tidak sabar untuk bermain bunga api, tetapi Mathialagan memberitahunya supaya menunggu hingga jam 12 tengah malam.

Dia juga sempat memaklumkan bahawa Adithiyan meminta untuk makan kari kambing yang sudah dimasak oleh isterinya. Namun, ibu saudaranya memintanya agar menunggu hingga keesokan harinya.

“Dia memang begitu teruja dan tidak sabar hendak bermain bunga api tetapi saya beritahu supaya menunggu hingga jam 12 malam.

“Malam itu juga dia beritahu teringin nak makan kari kambing yang sudah siap dimasak, tetapi isterinya memintanya menunggu hingga esok, tetapi dua-duanya dia tidak sempat,” katanya lagi.

Mereka tidak menyedari akan pisau yang tertusuk di dada Adithiyan itu sebelum melihat darah mengalir keluar dengan banyak sekali. Selepas itu, mereka bergegas membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Seri Manjung.

Kredit: Oh My Media

Namun, Adithiyan yang merupakan anak bongsu dari 3 beradik itu telah disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di Hospital Seri Manjung dan laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Lumut.

Adithiyan yang berusia 7 tahun memiliki sifat yang sangat manja dan aktif itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 November 2020, malam Jumaat yang lepas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.