fbpx
Now Reading
Tiada Lagi Penjualan Arak Di Kedai Runcit, Kedai Serbaneka Di KL Bermula 1 Oktober 2021

Tiada Lagi Penjualan Arak Di Kedai Runcit, Kedai Serbaneka Di KL Bermula 1 Oktober 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir 3 bulan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya memperkenalkan garis panduan baharu mengenai lesen jualan minuman keras seperti yang pernah disebutkan Menteri Wilayah Persekutan Tan Sri Annuar Musa.

Difahamkan menerusi garis panduan tersebut yang mula berkuatkuasa semalam, sebarang minuman keras yang memabukkan kini tidak tidak lagi boleh dijual sama ada di kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina bermula dari 1 Oktober 2021.

Namun penjualan alkohol bagi tujuan ubatan tradisional masih lagi dibenarkan.

Ianya bertujuan untuk mengawal akses penjualan dan pengambilan minuman beralkohol serta kawalan keselamatan, kesihatan warga kota tanpa menghalang hak sesiapa untuk membeli atau minum arak.

Perkara itu dikongsikan DBKL menerusi satu posting di Facebook mereka semalam.

Namun bagi premis-premis yang masih diberi kebenaran menjual arak setelah larangan berkuat kuasa, mereka hanya dibenarkan berbuat demikian dari jam 7 pagi hingga 9 malam (runcit dan pemborong) dan 10 pagi hingga 12 malam ( rumah awam kelas 1 dan rumah bir.

Antara premis yang dimaksudkan adalah pasar raya, gedung beli belah, hotel, bar, restoran dan pub. Selain itu penjualan juga hanya dibenarkan kepada pelanggan yang berusia 21 tahun dan keatas.

Baca garis panduan dan syarat permohonan baru mereka di bawah :

Terdahulu pada sekitar Jun lalu DBKL telah bertindak membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu negara berkuat kuasa serta-merta susulan dari peningkatan kes kemalangan yang berpunca dari alkohol.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.