fbpx
Now Reading
Foto Viral Pekerja Asing Bergelang Pink Berkeliaran Di Site – Ini Respon Dr Noor Hisham

Foto Viral Pekerja Asing Bergelang Pink Berkeliaran Di Site – Ini Respon Dr Noor Hisham

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa foto yang memperlihatkan sekumpulan pekerja warga asing dengan gelang pink dilihat berkeliaran di sebuah tapak pembinaan.

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memohon orang ramai mendengar penjelasan dari pihaknya sebelum mengeluarkan sebarang komen mengenai isu tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dibuat olehnya pada Selasa, mengatakan bahawa pekerja tersebut masih boleh bergerak di dalam kawasan tapak pembinaan kerana mereka merupakan saringan surveilance (pemantauan) sahaja dan bukan kontak rapat.

Kredit: mStar

“Jangan komen dulu sehingga dengar penjelasan ini. Sebenarnya, seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveilance tapak bina.

“Mereka berada didalam kawasan tapak bina (rumah kongsi basement 1&2 dan rumah kongsi tepi sungai).

“Mereka diberi gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina.

“Tetapi mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina kerana ianya saringan surveilance bukan saringan kontak rapat,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata pihak pemaju telah dimaklumkan supaya memastikan kesemua pekerja yang telah disaring agar tetap berada dalam kawasan tapak pembinaan.

“Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari.

“Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, pihak pemaju telah pun memberhentikan operasi mereka buat sementara waktu pada 13 November hingga 15 November 2020. Makluman ini telah dibuat oleh Dr Noor Hisham sendiri di perkongsian yang dibuat di laman Facebook rasminya pada hari Selasa.

“Pemaju menghentikan operasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyahcemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15 November.

“Release order atau pelepasan dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15 November, jam 11 pagi di tapak bina berkenaan.

“Hasil saringan mendapati terdapat 1 kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina,” tambahnya lagi.

Dr Noor Hisham juga menjelaskan yang mana seramai 8 orang kontak rapat telah di kuarantinkan dan tempoh kuarantin ialah selama 14 hari iaitu pada 7 November sehingga 20 November.

“Kesemua pekerja yang lain adalah negatif dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15 November kecuali 8 orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin,” ujarnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.