fbpx
Now Reading
Kes Pemalsuan Cop Sempadan, SPRM Sita 21 Kereta Mewah Milik Staf JIM

Kes Pemalsuan Cop Sempadan, SPRM Sita 21 Kereta Mewah Milik Staf JIM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencuri tumpuan apabila dilaporkan merampas 21 kenderaan mewah dari pelbagai model yang di miliki kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang ditahan sejak Isnin lalu.

Difahamkan kereta mewah yang dirampas menerusi operasi Ops Selat tersebut adalah ‘habuan’ yang diterima anggota JIM yang dipercayai terbabit dengan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di pintu utama negara.

Memetik Harian Metro yang memetik sumber, semua 21 kenderaan mewah yang terdiri dari pelbagai model seperti Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lanceber itu kini disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Antara kereta yang turut disita SPRM Foto : Harian Metro

“Turut disita 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM ditahan reman terbabit.

“Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499,” katanya.

Tambahnya SPRM kini begitu fokus dalam membongkar aktiviti rasuah susulan penahanan 27 anggota JIM, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

“Siasatan mendapati ejen atau orang tengah ini menggunakan wang dan kenderaan mewah untuk ‘membeli’ hati kakitangan terbabit bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja warga asing bermasalah dari negara ini sejak 2017,” katanya.

Antara kereta yang turut disita SPRM Foto : Harian Metro

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa sindiket ejen warga asing sejak 4 tahun lalu sudah pun membelanjakan RM14.5 juta demi menyogok pegawai SPRM.

“Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah ditahan memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, individu dikenal pasti sebagai orang tengah atau ejen kegiatan haram ini mendaftarkan kenderaan mewah menggunakan nama individu lain.

“Ini jelas melangkaui pendapatan individu terbabit yang hanya menduduki Gred KP19,” kata sumber itu lagi kepada Harian Metro.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.