
Zoo Negara Lancar Kempen ‘Animal Adoption’ Bagi Bantu Haiwan-Haiwan Di Sana
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat pencinta haiwan, korang tahu tak sekarang ni Zoo Negara ada buat kempen haiwan angkat atau adoption? Kempen ini bagi membantu haiwan-haiwan di sana agar bekalan makanan, perubatan dan termasuklah pengurusan haiwan-haiwan tersebut berterusan.
Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan oleh pihak kerajaan, Zoo Negara mengambil inisiatif membuat kempen ini bagi sesiapa saja yang mahu menghulurkan sumbangan secara one off atau secara bulanan mengikut pakej yang disediakan.


Menerusi laporan Bernama, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Amat Lana berkata, program terbabit mendapat sambutan yang memberansangkan selain terdapat ramai penderma baru turut memberikan sumbangan mereka kepada Zoo Negara.
“Sebagai bukti kejayaan program ini, kami menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia yang prihatin melalui komen-komen positif yang dikongsikan dalam pelbagai platform media sosial.
“Jumlah penderma meningkat terutamanya dari April hingga Ogos lepas dengan hampir 50,000 penderma menghulurkan sumbangan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sejak tahun 2017, Zoo Negara telah pun bekerjasama dengan Ticket2U, Maybank2U, Lazada dan Shopee bagi memudahkan para pencinta haiwan untuk menghulurkan sumbangan mereka terus kepada program Adopt an Animal.
Malahan, terdapat sebanyak 30 jenis haiwan yang boleh dipilih untuk dijadikan haiwan angkat. Antaranya ialah Kayla (harimau malaya), Yiyi (panda), Romeo (rakun), Sibol (gajah) dan banyak lagi.
Jom kita sama-sama menyalurkan sumbangan kepada Zoo Negara bagi membantu haiwan-haiwan di dalam Zoo Negara agar terus kekal cergas dan sihat.