fbpx

Anggota PGA Maut Di Sempadan Malaysia-Thailand, Dipercayai Diserang Sindiket Penyeludupan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang melakukan kawalan di pos sempadan Malaysia-Thailand, di Padang Besar maut ditembak pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 3.10 pagi itu, Mangsa, Koperal Baharuddin Ramli s sedang berkawal di pos sempadan Malaysia-Thailand bersama seorang rakan tugasnya, Koperal Norihan A/L Tari yang difahamkan mengalami kecederaan parah.

Mayat Koperal Baharuddin kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar manakala Koperal Norihan pula dihantar ke sana untuk menjalani rawatawan dan dalam keadaan kritikal.

Menerusi laporan Harian Metro, dalang serangan berkenaan dipercayai anggota sindiket penyeludupan susulan dari tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan sekaligus menyukarkan kegiatan penyeludupan.

Menurut sumber lagi, mereka juga dipercayai telah melepaskan tembakan amaran ke arah anggota PGA di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 13 November lalu.

“Kes (tembakan) ini ada kaitan kumpulan penyeludup, ada yang tidak puas hati apabila kita ketatkan sempadan.

“Dua anggota sedang berkawal ketika diserang, ada anggota lain dengar bunyi tembakan,” katanya di sini, hari ini.

Menerusi BH, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam perjalanan ke Perlis bagi melawat mangsa serta meninjau keadaan di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.