fbpx
Now Reading
Seorang Lagi Anggota PGA Cedera Ditembak, Kali Ini Di Bukit Kayu Hitam

Seorang Lagi Anggota PGA Cedera Ditembak, Kali Ini Di Bukit Kayu Hitam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia- Thailand sehingga mengakibatkan seorang anggota PGA maut dan seorang lagi cedera parah kini satu lagi insiden hampir sama berlaku hari ini.

Insiden kedua kali ini difahamkan berlaku di Bukit Kayu Hitam dan turut melibatkan anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam 6.15 petang rabu.

Menerusi laporan Harian Metro insiden berkenaan berlaku sewaktu anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam.

Dia bagaimanapun tiba-tiba terkena tembakan pada bahagian perut dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran.

Foto sekadar hiasan Foto : Bernama

Dia bagaimanapun tiba-tiba terkena tembakan pada bahagian perut dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran.

Anggota berkenaan yang berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan iaitu melecet dan bernasib baik kerana tembakan tersebut terkena pada baju kalis peluru yang digunakannya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa.

Tambah Hasanuddin, maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Difahamkan Anggota PGA berkenaan juga sudah dibawa keluar dan kini sedang menjalani rawatan lanjut.

Terdahulu dua anggota PGA diserang di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, sehingga mengakibatkan Koperal Baharuddin Ramli terkorban dan mencederakan rakan setugasnya Koperal Norihan A/L Tari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.