fbpx
Now Reading
Kes Tembak Anggota PGA, 18 Lelaki Direman

Kes Tembak Anggota PGA, 18 Lelaki Direman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seramai 18 individu termasuk 3 warga Thailand yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan hari ini telah direman.

15 darinya iatu warga tempatan telah direman selama empat hari sehingga 28 November manakala 3 lagi warga Thailand akan direman selama tujuh hari sehingga 1 Disember.

Perintah reman ini telah dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah, bagi memudahkan polis menyiasat semua suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun berkenaan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, semua tangkapan individu itu dilakukan di sekitar negeri berkenaan mulai jam 7 pagi selasa.

Jelasnya kesemua suspek dipercayai menganggotai sindiket penyeludupan ketum yang mempunyai kaitan dengan sindiket di negara jiran.

Manakala 3 warga Thailand berkenaan di tangkap pihak berkuasa mereka dimana seorang darinya dalam keadaan kritikal manaka dua lagi mengalami kecederaan.

Dalam insiden pada awal pagi Selasa, Kpl Baharuddin Ramli, 54, terbunuh selepas terkena dua das tembakan di dada dan perut,manakala rakan setugasnya Kpl Norihan a/l Tari, 39, cedera parah di tembah di bahagian perut sewaktu menjalankan tugas intipan kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.