fbpx
Now Reading
Lagenda Bola Sepak Argentina, Diego Maradona Meninggal Dunia

Lagenda Bola Sepak Argentina, Diego Maradona Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Menerusi laporan portal BBC, Maradona yang juga pengurus pasukan Argentina itu diserang serangan jantung sewaktu berada di rumahnya di Buenos Aires

Dia sebelum ini baru sahaja selesai menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku pada otaknya di sekitar Awal November lalu.

Persatuan Bola Sepak Argentina menerusi satu posting di laman media sosial mereka menzahirkan rasa duka mereka di atas pemergian pengurus dan juga bekas pemain tengah negara mereka itu

“Kesedihaan yang amat mendalam atas pemergian lagenda kita. Anda akan sentiasa di hati” tulis persatuan bola sepak tersebut

Selain mengumumkan tiga hari berkabung, Presiden Bola Sepak Argentina, Alberto Fernandez yang turut berduka turut menzahirkan rasa terima kasih di atas segala jasa mendiang dalam menaikkan nama Argentina dalam sukan bola sepak.

“Anda membawa kami ke puncak dunia. Sentiasa membuat kami gembira. Anda adalah terbaik dari yang terbaik.

Foto : Getty Images

“Terima kasih di atas kehadiran kamu, Maradona. Kami akan merinduimu sepanjang hidup kami” kata Fernandez.

Sebagai rekod, Maradona telah menghasilkan 31 gol sepanjang penampilannya di persada antarabangsa dan mewakili Argentina untuk 4 kejohanan piala dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.