fbpx
Now Reading
Pendakwah Selebriti Ditahan Polis, Bantu Siasatan Kes Rogol

Pendakwah Selebriti Ditahan Polis, Bantu Siasatan Kes Rogol

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pendakwah muda yang juga seorang penyanyi malam tadi telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis yang juga kenalan media sosialnya malam tadi.

Dia ditahan selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada jam sekitar 11 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, suspek yang berusia 25 tahun ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan jam 7.18 malam tadi.

“Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.

“Mangsa dikatakan menaiki kereta BMW milik saspek untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

“Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian membawa mangsa ke rumahnya di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,” katanya dalam kenyataan tersebut

Sewaktu di rumah berkenaan mangsa didakwa telah dirogol dan tidak berdaya untuk melawan, di samping tidak tahu cara keluar dari tempat terbabit.

Tambahnya dia juga telah di beri amaran oleh suspek agar merahsiakan perkara berkenaan dimana dia akan dipantau dari jauh

“Keesokan harinya, suspek bertindak menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan aplikasi e-hailing untuk pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya.

“Mangsa mendakwa dia mengalami tekanan perasaan yang teruk kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu,” katanya.

Tambah Baharudin lagi, mangsa kemudiannya pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang pada oktober tahun lalu sebelum mendapatkan rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan ditahan selama lima hari di wad psikiatri.

Pihak hospital kemudiannya memaklumkan mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian dan masih menerima rawatan susulan.

“Suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.