Pendakwah Selebriti Direman 5 Hari, Bantu Siasatan Kes Rogol Kenalan Wanita

Seorang pendakwah selebriti direman lima hari, bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes menoda seorang kenalan wanita pada September tahun lalu.
Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun yang hadir bersama peguam, Syed Amirul Syed Edrus. dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee.
Semalam, suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Seorang penceramah bebas/penyanyi/pelakon ditahan reman 5 hari bagi bantu siasatan kes merogol seorang wanita di Seksyen 7 Shah Alam pada tahun lalu.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 27, 2020
Perintah reman dikelurkan Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Mohd Zamir Suhaime sehingga selasa depan. pic.twitter.com/JL5gvQQ5aB
“Siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki itu yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September tahun lalu.
“Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam,” menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan.
Terdahulu media sosial tular mengenai kisah seorang pendakwah selebriti yang didakwa merogol kenalannya. Dakwaan berkenaan kemudian menarik perhatian ramai sehingga bapa pendakwah terbabit meminta mana-mana yang pernah berdepan situasi berkenaan untuk tampil membuat laporan polis.