fbpx
Now Reading
Kebumi Satu Liang Lahad,Isteri Sempat Kucup Jenazah Anak.. Ini Rangkuman Ringkas Insiden Kemalangan Syafiq Ahmad

Kebumi Satu Liang Lahad,Isteri Sempat Kucup Jenazah Anak.. Ini Rangkuman Ringkas Insiden Kemalangan Syafiq Ahmad

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam merupakan hari duka buat keluarga pemain bola kebangsaan, Syafiq Ahmad serta peminat bola sepak yang turut sama bersedih di atas pemergian ibu mertua dan anak lelakinya yang berusia 22 hari.

Tiada siapa menduga, kepulangan mereka ke kampung halaman berakhir dengan kisah tragis apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Jawi semalam.

Selain pemergian ibu mertuanya,Zainab Wahab dan anaknya Muhammad Aisy Saqeef, kemalangang tersebut turut meragut nyawa pembantu rumah Titik Sukamti dan mengakibatkan isterinya, Nur Amalina Norain parah dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Berikut kami kongsikan rangkuman insiden duka yang menyelubungi keluarga Syafiq yang juga merupakan penyerang pasukan JDT tersebut :

Isteri sempat cium jenazah anak, tatap ibu

Menerusi laporan Harian Metro, suasana di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya bertukar pilu dima isterinya Nur Amalina yang parah sempat diberi peluang untuk mengucup jenazah anak lelaki mereka iaitu Muhammad Aisy Saqeef buat kali terakhir.

Lebih menyedihkan apabila orang ramai melihat Amalina membelai dan mengucup bayinya itu beberapa kali. Dia dalam masa sama turut menatap wajah ibunya yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut.

Kebumi satu liang lahad

Jenaszah Muhammad Aisy Saqeef dan ibu mentuanya Syafiq, Zainab Wahab, selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Pendang kira-kira pukul 8.30 malam tadiJ

Anak sulung sedang dirawat, dipercayai alami pendarahan dalam otak

Anak sulung pasangan itu Aaira Nur Saffiya, 2, juga kini sedang dirawat di wad kanak-kanak HSH keran mengalami kecedraaan ringan. Selain itu dia turut dipercayai mengalami pendarahan dalam otak.

JDT kibar bendera separuh tiang

Benda JDT diturunkan separuh tiang di Stadium Sultan Ibrahim sebagai tanda penghormatan kepada Syafiq Ahmad dan keluarga.

Arahan tersebut dikeluarkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab tersebut.

“Mana Aisy…Aisy sudah tiada”

 Adik Syafiq, Muhammad Zulfadhli, memaklumkan abangnya masih lagi trauma malah dia dilihat sukar menerima kejadian yang terjadi.

Jelasnya, Syafiq hanya menangis dan enggan bercakap dengan sesiapa yang menghubunginya menerusi telefon kerana terlalu sedih.

Dia akan menangis setiap kali ada saudara mara atau kawan datang bertanyakan keadaannya selain enggan bercakap dan hanya menyebut nama anaknya sahaja Aisy

Bapa Syafiq tak sempat tatap wajah cucu lelaki pertama

Reda dengan pemergian cucu lelaki permanya bapa Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, bagaimanapun difahamkan tidak berkesempatan untuk menatap wajah Aisy.

Ahmad berkata, mereka merancang untuk ke Johor pada 11 Dis tetapi terpaksa ditunda sekali lagi ke hujung bulan ini berikutan kawasan rumah di Bayan Baru dikenakan pula Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Arwah isteri minta kemas rumah” – Bapa Mentua

Bapa mentua Syafiq, Norain Shahadan,50 yang ditemui media memaklumkan bahawa arwah isterinya, Zainab Wahab, 46, ada menghubunginya sebelum pulang ke kampung.

Isterinya yang sudah berada di Johor sejak perayaan Deepavali lalu meminta agar dia mengemaskan rumah, namun tidak menyangka dua insan tersayang itu pulang sebagai jenazah.

Malah menurutnya, dia hanya sempat menatap wajah cucu barunya itu menerusi kumpulan WhatsApp keluarga sahaja.

Syafiq dipercayai terlelap ketika memandu

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, Syafiq dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas.

“Disebabkan gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan terseret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.