Youtuber Direman 2 Hari Bantu Kes Cabul Pelajar Universiti

Seorang Youtuber telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang pelajar universiti di Kubang Kerian di sebuah inap desa pada Ogos lalu.
Perintah reman terhadap lelaki itu bermula hari ini dan dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyime Rosli bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang berusia 22 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Kota Bharu di sini pada pukul 10.35 pagi dengan dibawa anggota polis.
Media tempatan pagi ini melaporkan polis menahan suspek selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul.
Pada Jumaat lalu, mangsa seorang gadis berusia 24 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh suspek dalam satu kejadian berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian selepas tamat penggambaran drama melibatkan yang melibatkan mangsa dan Youtuber berkenaan pada 1 Ogos lalu.
Seorang YouTuber direman 2 hari bagi bantu siasatan dakwaan dia mencabul seorang wanita berusia 24 tahun.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 11, 2020
Insiden itu berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama arahan suspek pada pagi, 2 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Kelantan. pic.twitter.com/9ZEFKu40Z6
Siasatan awal polis mendapati mangsa dihubungi oleh rakannya yang menawarkan untuk berlakon drama arahan suspek dengan bayaran RM600.
Namun semasa berada di dalam bilik di inap desa itu di awal pagi 2 Ogos, mangsa didatangi oleh suspek yang kemudian mencabul gadis itu.