fbpx
Now Reading
Penceramah Bebas Ditahan Disyaki Cabul Ahli Perniagaan Lelaki

Penceramah Bebas Ditahan Disyaki Cabul Ahli Perniagaan Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan kes membabitkan individu berprofil tinggi seperti penceramah bebas dan Youtuber yang didakwa merogol wanita, kini terdapat satu lagi kes hampir sama dilaporkan.

Terbaru di Kelantan, seorang ustaz yang juga penceramah bebas telah ditahan pada malam semalam (rabu) kerana didakwa mencabul seorang lelaki berumur 30 tahun di sini.

Penceramah berkenaan yang berusia 32 tahun dipercayai mencabul lelaki berkenaan, seorang ahli perniagaan di sebuah bilik hotel yang terletak di Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Penceramah itu ditahan di sebuah madrasah di Machang jam 3 petang rabu.

Baru berkenalan dua hari

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, kedua mereka baru sahaja berkenalan di sebuah pasar raya di negeri ini. Mereka kemudian bersetuju untuk keluar makan bersama dua hari kemudiannya.

“Menurut mangsa, sebelum kejadian, suspek telah menghubunginya dan mengajak mangsa keluar minum bersama.

“Semasa berada di tempat kejadian, suspek didakwa bertindak mencium pipi dan melakukan perbuatan kelucahan yang melampau” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelas Shafie


Berlaku jam 1 pagi di bilik hotel

Menerusi laporan BH! pula Shafien turut memaklumkan mangsa juga ada mendakwa yang lelaki berkenaan turut menggeselkan kemaluannya ke peha mangsa dalam kejadian sekitar 1 pagi itu.

“Lebih kurang 1.15 pagi semalam, suspek menghantar mangsa ke sebuah bilik hotel dan ketika berada di hotel berkenaan, suspek didakwa mencabul mangsa dengan mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa.

Menurut mangsa, suspek turut menggeselkan kemaluannya ke peha mangsa. Susulan kejadian itu, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek membuat laporan polis.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek membuat laporan polis sejurus kejadian dan mendapatkan rawatan lanjut di hospital,” katanya lagi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.