
Ibu DS Najib Razak, Tun Rahah Meninggal Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.
Ibu kepada bekas perdana menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah dilaporkan baru sahaja meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang tadi Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court.
Khabar duka tersebut dikongsikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu perkongsikan di laman Twitternya.

“Innalillahiwainnailaihiraajiun… dengan penuh rasa sedih Tun Hajah Rahah Mohd Noah telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi..
“Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepda seluruh keluarga dan semoga Allah SWT mencucu rahmat atas roh Allahyarhamah” tulis beliau.
Innalillahiwainnailaihiraajiun…DGN PENUH RASA SEDIH,TUN HJH RAHAH MOHD NOAH telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi..SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN DAN KESABARAN KPD SELURUH KELUARGA …DAN SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT ATAS ROH ALLAHYARHAMAH…ALFATIHAH.. pic.twitter.com/cnK2cIEXFp
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 18, 2020
Difahamkan ketika ini Annuar Musa bersama isterinya sedang menemani DS Najib Razak di Prince Court bagi menguruskan Tun Rahah yang juga balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Najib tidak lama kemudiannya turut berkongsi perkhabaran duka tersebut di laman Facebooknya.
“Dukacita dimaklumkan Bonda saya, Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri ke-2 Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein, telah pulang ke rahmatullah di Prince Court Medical Centre petang ini” tulisnya.
Jenazah arwah Tun Rahah sudah dibawa pulang ke kediamannya dan dijangka dibawa ke Masjid Ar-Rahah keesokannya harinya untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Masjid Negara.

Takziah dari kami.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah..