fbpx
Now Reading
Penunggang Basikal Wanita Maut Di Putrajaya

Penunggang Basikal Wanita Maut Di Putrajaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Seorang penunggang basikal wanita maut selepas basikalnya dipercayai dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori di Putrajaya.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar 9.40 pagi di atas jambatan berhampiran Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8.

Menurut saksi utama kejadian, Mohd Shukri @Budiman Hassan, 43, sewaktu kejadian kenderaannya berada di belakang lori terbabit yang dipandu perlahan.

“Tiba-tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti.

“Bila saya turun, rupanya objek yang saya mulanya sangka terjatuh itu adalah basikal,” katanya kepada media.

Foto : orang awam

Mohd Shukri kemudian menghampiri mangsa yang berusia 34 tahun dan terus memeriksa nadinya dan mendapati ianya amat lemah sebelum dia menghubungi bantuan kecemasan.

“Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya.

Foto : Utusan

Menerusi laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden S.Vijaya Rao mengesahkan sudah menerima laporan kejadian tersebut.

Beliau juga memaklumkan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

“Kita telah menahan pemandu lori dan lori tersebut untuk siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu tular mesej di Whatsapp mengenai insiden seorang penunggang basikal wanita yang dipercayai berasal dari Subang Jaya maut selepas bergesel dengan sebuah lori.

Mangsa di dikatakan datang mengayuh datang dari Subang Jaya ke Putrajaya mengayuh basikal seorang diri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.