fbpx
Now Reading
Polis Trafik Ditahan, Memandu Lawan Arus & Dipercayai Bawah Pengaruh Alkohol [Video]

Polis Trafik Ditahan, Memandu Lawan Arus & Dipercayai Bawah Pengaruh Alkohol [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Kes memandu melawan arus disebabkan pengaruh alkohol atau dadah bukan lagi satu perkara luar biasa di Malaysia.

Malah sudah beberapa kes sehinga ada yang melibatkan kematian telah dilaporkan. Keadaan ini jelas menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai dengan pihak berkuasa yang meminta agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap si pelaku.

Foto sekadar hiasan

Terbaru satu lagi kes sama turut dilaporkan berlaku dan kali ini membabitkan sebuah Perodua Axia berwarna silver di sebuah jalan di Johor Bahru.

Malah insiden berkenaan berjaya di rakam orang awam sehingga video tersebut tular di media sosial.

Namun situasi kali ini agak berbeza dari biasa kerana si pelaku adalah seorang anggota polis trafik.

Ditahan pada jam 12.30 pagi tadi

Menerusi laporan Awani, anggota polis berkenaan sudahpun ditahan pada jam 12.30 pagi tadi di sebuah stesen minyak selepas pihak polis menerima rakaman video berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu kenyataan berkata pihaknya pada mulanya menerima rakaman video mengenai sebuah Perodua Axia yang dipandu melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam.

Bertindak atas maklumat, Unit Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan (JBS) kemudian mengesan kenderaan terbabit sebelum menahan pemandunya seorang lelaki yang berusia 25 tahun yang juga seorang anggota polis trafik.

Dipercayai mabuk & menggunakan kenderaan persendirian

“Lelaki itu yang juga anggota trafik JBS ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam.

“Hasil siasatan kita dapati anggota polis terbabit dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ini tidak bertugas ketika kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian”

Tambah Ayob Khan, pihaknya juga akan memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan suspek akan hadapkan ke mahkamah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak lebih daripada RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih lima tahun,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.