fbpx
Now Reading
Penarik Kereta Ditemui Maut Di Lebuhraya Utara- Selatan, Dipercayai Diserang [Video]

Penarik Kereta Ditemui Maut Di Lebuhraya Utara- Selatan, Dipercayai Diserang [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang juga seorang penarik kereta ditemui maut di dalam longkang di Kilometer 40.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sedenak, Kulai pada Ahad lalu.

Mangsa, seorang warga tempatan berusia 34 tahun ditemui mati dalam keadaan terdapat tetakan dan kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan yang lain.

Menurut Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Mereka difahamkan baru sahaja menarik kereta tersebut di Johor Bahru selepas pemiliknya gagal membayar wang ansuran bulanan.

Namun sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dihimpit oleh dua buah kenderaan sehingga terbabas.

“Kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa terbabas sejurus dihimpit dua buah kenderaan yang lain.

“Pelanggaran tersebut dipercayai berpunca rasa tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menarik kereta Toyota Velfire berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudian ditetak beberapa kali di beberapa bahagian badan sebelum ditinggalkan dan akhirnya disahkan meninggal dunia. Rakannya yang berusia 29 tahun pula dilaporkan sempat melarikan diri manakala rakannya sempat melarikan diri diri ke tebing lebuh raya berdekatan.

Dua suspek ditahan

Hasil siasatan polis berjaya menahan dua lelaki berumur 26 tahun dan 33 tahun di lokasi kejadian dan direman selama 4 hari. Tambah Yusof, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.