fbpx
Now Reading
Bantu Ringankan Tanggunan Bil Elektrik, TNB Beri Rebat 2 Sen Setiap kWj Hingga Jun 2021

Bantu Ringankan Tanggunan Bil Elektrik, TNB Beri Rebat 2 Sen Setiap kWj Hingga Jun 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan kadar tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi 2021 akan terus kekal seperti yang dinikmati orang ramai ketika ini.

Selain itu TNB juga akan memberikan rebat sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pengguna.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah takrif elektrik bagi tahun 2021 akan terus dikekalkan pada kadar 39.45 sen setiap kWj selain rebat dua sen bagi setiap kWj kepada semua pengguna akaun TNB dari 1 Januari sehingga 30 Jun 2021.

Rebat untuk semua pemilik akaun TNB

Katanya rebat pertama sejak Julai akan dinikmati oleh semua pengguna elektrik TNB baik pengguna domestik mahupun bukan domestik.

Ini bermakna semua pengguna kediaman, komersial dan pengguna industri akan menerima manfaat rebat berkenaan.

“Langkah ini diambil berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh regulatori TNB kedua dibawah mekanisma rangka kerja IBR hingga 30 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan katanya, bersetuju melepaskan penjimatan kos bahan api kepada semua pengguna TNB berikutan penurunan harga bahan api arang batu dan gas pada separuh tahun kedua 2020.

Menurut Dr. Shamsulm peberian rebat ini bakal memberi manfaat kepada semua pengguna TBB Foto : Shafwan Zaidon/MalayMail

Pengguna kediamaan dijangka alami penurunan 3.6% – 9.2 % bil elektrik

Pemberian rebat ini bakal memberi manfaat kepada 7.5 juta pengguna domestik dimana mereka dijangka mengalami penurunan bil elektrik antara 3.6% hingga 9.2%.

Pengguna komersial pula dijangka mengalami penurunan bil elektrik antara 4.0% hingga 5.2% manakala industri pula turun antara 4.6% hingga 6.1%.

“Dengan pemberian rebat sebanyak dua sen bagi kWj ini sukacita saya sebut seramai 7.5 juta pengguna domestik akan menikmati penurunan bil elektrik di antara 3.6 hingga 9.2 peratus

“Manakala pengguna komersial akan mengalami penurunan bil elektrik di antara 4.0 hingga 5.2 peratus serta bil elektrik bagi pengguna Industri juga akan menurun di antara 4.6 hingga 6.6 peratus,”

Justeru beliau berharap usaha kerajaan dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan dalam masa sama membantu mengurangkan kos untuk perniagaan yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.