fbpx
Now Reading
Mayat Bakal Pengantin Dikhuatiri Lemas Ditemui

Mayat Bakal Pengantin Dikhuatiri Lemas Ditemui

Al-fatihah..

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas lebih dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) bakal pengantin yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut, Marang berjalan, akhirnya jenazah Naim Hariri, 31 tahun akhirnya  ditemukan di Pantai Alur Tuman, Marang hari ini.

Jenazah mangsa yang berusia 31 tahun yang berasal dari Bandar Tun Razak Cheras ditemukan pasukan SAR pada sekitar 9 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. 

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris yang mengesahkankan perkara berkenaan, penemuan jenazah Naim disahkan bapanya menerusi proses pengecaman berpandukan beberapa identiti pada mayat. 

“Mayat dalam keadaan sempurna dan tiada apa-apa kecederaan, semuanya cukup sifat

“Saya bersama empat pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa terdampar di atas pasir pantai kira-kira tiga kilometer dari lokasi lemas,” katanya dalam satu sidang akhbar di lokasi kejadian. 

Tambah Mohd Zain berkata, jenazah Naim Hariri telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 11 pagi. 

Namun operasi menyelamatkan seorang lagi mangsa yang lemas di Pantai Jambu Bongkok di daerah sama masih lagi berjalan.

Terdahulu Naim Hariri dijadualkan melangsungkan pernikahan bersama pasangannya Fatin Nabilah di rumah keluarga Fatin yang terletak di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, Marang pada 10 jam pagi Sabtu.

Namun pada petang, mangsa yang sedang mandi seorang diri di pantai sebuah resort di Kelulut ditemani adik perempuannya Siti Nur Atiqah yang berada di tepi pantai bagaimanapun ditarik arus ombak sebelum hilang.

Takziah kami ucapkan kepada Fatin Nabilah dan keluarga arwah..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.