fbpx
Now Reading
PKPB Di Kuala Lumpur & Selangor Dilanjutkan Ke 14 Januari 2021

PKPB Di Kuala Lumpur & Selangor Dilanjutkan Ke 14 Januari 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor kini dilanjutkan lagi sehingga 14 Januari 20201 ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelanjutan PKPB itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, selepas meneliti perkembangan semasa penularan COVID-19 di Lembah Klang yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Jelasnya semua daerah di Selangor termasuk Hulu Selangor, Kuala Selangor and Sabak Bernam, yang sebelum ini direkodkan sebagai zon hijau sudah berubah menjadi zon merah.

“Manakala Kuala Lumpur setakat 27 Disember telah mempunyai 12,494 jumlah kumulatif kes positif dan Kementerian Kesihatan telah memaklumkan terdapat kluster baru yang dicatatkan”

“Atas saranan Kementerian Kesihatan, majlis telah bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Selangor & Kuala Lumpur untuk 14 hari lagi iaitu dari 1 Januari sehingga 14 Januari” katanya pada Isnin, 28 Disember 2020.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.