fbpx
Now Reading
Konon Halau Hantu Tempayan, Bomoh Rogol Gadis 15 Tahun

Konon Halau Hantu Tempayan, Bomoh Rogol Gadis 15 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Ibu mana yang tak risau lihat anak perempuannya sering diganggu oleh ‘entiti’ yang tidak kelihatan bukan? Namun, siapa sangka hanya kerana mahu mengubati sakitnya itu kini hidupnya terus berubah dalam sekelip mata.

Kejadian buruk yang menimpa seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun ini dikatakan berlaku ketika dia bersama ibunya berjumpa dengan seorang bomoh di sebatang anak sungai di Batang Baleh, Sarawak pada jam 6 petang, Khamis lalu.

Bomoh disyaki merogol remaja perempuan ketika upacara berubat

Foto sekadar hiasan. Kredit: Utusan Borneo

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian dalam satu kenyataan berkata gadis tersebut bersama ibunya berjumpa bomoh terbabit demi mendapatkan rawatan kerana dipercayai diganggu oleh hantu tempayan.

“Mereka bersama anaknya serta 2 orang kawannya dibawa ke tempat kejadian dengan menggunakan perahu oleh bomoh tersebut,” kata Freddy Bian.

Setibanya mereka sampai ke lokasi tersebut, bomoh yang berusia 34 tahun itu terus mengadakan upacara miring dan bebiau di tepi sungai tersebut.

“Selepas selesai upacara miring dan bebiau, bomoh membawa anaknya ke tempat yang tidak boleh dilihat oleh mereka iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan anaknya.

Jika cerita pada orang, penyakitnya takkan sembuh

“Semasa upacara membuang hantu itu, anaknya dirogol oleh bomoh. Bomoh menyatakan kepada anaknya supaya tidak menceritakan perkara itu kerana nanti penyakitnya tidak akan sembuh,” katanya lagi.

Tambah lagi, ketika mereka berdua pulang ke rumah, mangsa terus menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya pada hari Jumaat lalu, jam 2 pagi.

Lantas, si ibu terus membuat laporan berkenaan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit pada hari Sabtu, jam 1.30 tengah hari.

Susulan itu, pihak polis telah pun menahan suspek berkenaan yang berasal dari Balingian pada hari Ahad yang lalu.

“Suspek direman selama 7 hari mulai semalam hingga 2 Januari depan untuk membantu siasatan.

“Mangsa dibawa ke hospital Sibu untuk pemeriksaan pakar,” kata Freddy.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.