
Pelajar Malaysia Dilanggar Bas Di UK, Kini Dalam Keadaan Kritikal
Dia ketika kejadian sedang menunggang basikalnya sebelum dirempuh oleh sebuah bas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !
Seorang pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Manchester, UK dilaporkan telah terlibat dengan satu kemalangan di Wilmslow Road, Rusholme.
Basikal dinaiki dirempuh bas
Menerusi laporan Manchester Evening News, Nur Izzah Mohd Shokri, 20 pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester ketika kejadian sedang menunggang basikalnya sebelum dia dirempuh oleh sebuah bas.
Kejadian yang berlaku pada 28 Disember, 4.25 petang (waktu UK) di Wilmslow Rd, Rusholme, selatan Manchester menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan dikejarkan ke Salford Royal Hospital dan difahamkan bakal menjalani pembedahan.
Polis Manchester cari saksi kejadian
Difahamkan Polis Manchester ketika ini sedang giat mencari saksi yang terlihat insiden berkenaan untuk tampil membantu mereka dalam menyiasat perkara berkenaan.
#APPEAL | Officers are appealing for information following a #collision involving a cyclist and a bus on #WilmslowRoad in #Manchester yesterday (28/12). Anyone with info should contact 0161 856 4741 quoting incident number 1777. Full details – https://t.co/Tc1QYzYH53 pic.twitter.com/tzwfHlYfpT
— Greater Manchester Police (@gmpolice) December 29, 2020
Menerusi laporan NST, Pegawai atase pendidikan di Education Malaysia UK, Firdaus Zakaria memaklumkan mereka telah menguruskan agar kedua ibu bapa Nur Izzah yang tinggal di Karak, Pahang untuk terbang ke UK bagi bertemu anak mereka.
Insiden membabitkan Nur Izzah turut tular di laman sosial malah seorang individu tampil meminta supaya rakyat Malaysia untuk mendoakan supaya mangsa kembali sembuh seperti sedia kala.
*SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR MALAYSIA*
— ع (@anginkencangg) December 29, 2020
Assalamualaikum WBT YBhg Dato'/ Tuan/ Puan,
Dimaklumkan adik Nur Izzah Binti Mohd Shokri, pelajar Malaysia di University of Manchester telah terlibat dengan kemalangan di Manchester dan kini kritikal di Salford Royal Hospital.
Rakan mohon orang ramai beri sumbangan pada ibu mangsa
Sama-sama kita doakan agar Nur Izzah diberikan kesembuhan dan dalam keadaan yang baik-baik