fbpx
Now Reading
Pereka Fesyen Tersohor, Pierre Cardin Meninggal Dunia

Pereka Fesyen Tersohor, Pierre Cardin Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Pereka fesyen tersohor dunia yang bertapak di Perancis, Pierre Cardin dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 98 tahun di sebuah hospital di Neuilly di barat Paris.

“Hari ini adalah hari paling menyedihkan untuk kami sekeluarga. Pierre Cardin sudah tiada,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan keluarga pereka fesyen tersebut.

Menurut mereka lagi, mendiang telah meninggalkan legasi sebagai ‘warisan seni yang unik dan hebat’ bukan sahaja dalam dunia fesyen, malah kepada negara Perancis sendiri.

Cardin, anak kelahiran sebuah bandar di utara itali dibesarkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah namun mula mencipta nama dan terus berkembang sehingga muncul sebagai ikon fesyen Perancis .

Meskipun gah di Perancis, Pierre Cardin tidak pernah melupakan asal usulnya

Dilahirkan dalam keluarga miskin pada 1922 di Venice, keluarga Cardin berhijrah ke Perancis ketika dia masih kecil.

“Dilahirkan sebagai warga Itali, Pierre Cardin tidak pernah melupakan asal-usulnya walaupun namanya gah di Perancis,” tambah keluarganya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.