fbpx
Now Reading
Wanita Pukul Kucing Bunting Sehingga Mati Direman 4 Hari Bermula Hari Ini

Wanita Pukul Kucing Bunting Sehingga Mati Direman 4 Hari Bermula Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Sejak dua hari lalu kecoh mengenai insiden seorang wanita memukul seekor kucing bunting sehingga mati di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Dia yang menggunakan sebatang besi dalam masa sama turut mencederakan seekor lagi kucing dalam kejadian di seebuah pangsapuri di Pintas Kalui 1 gara-gara tidak berpuas hati apabila kucing tersebut membuang najis di hadapan rumahnya.

Tindakannya bagaimanpu disedari penduduk yang kebetulan sedang berehat di sebuah pondok berhampiran tempat kejadian sebelum mereka bertindak menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi melaporkan perkara berkenaan.

Terbaru wanita berusia 51 tahun itu telah ditahan reman selama 4 hari bermula hari ini bagi membantu JPV menjalankan siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin pada pagi Khamis.

Dalam kejadian sekitar 1.20 petang hari selasa, suspek telah memukul dua ekor kucing yang sedang makan di kawasan berhampiran.

Ekoran dari pukulan tersebut seekor kucing tersebut yang dalam keadaan bunting mati dan seekor lagi kucing mengalami kecederaan di bahagian mulut.

Pgawai penyiasat JPV, Azhar Ahmad berkata sasatan pihaknya mendapati dua kucing tersebut adalah kucing terbiar dan selalu berkeliaran di kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, pihaknya telah merampas senjata besi serta pakaian yang dipakai suspek pada waktu kejadian bagi tujuan siasatan.

“Bangkai kucing yang mati telah dihantar ke makmal veterinar untuk proses bedah siasat.

“Seekor lagi kucing yang cedera kini masih menerima rawatan berikutan mukanya bengkak dan mengalami kesukaran untuk makan,” katanya.

Kes turut disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana suspek dipercayai dipukul

Dalam pada itu nenerusi laporan Utusan, selain disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015, kes ini juga kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas suspek dipercayai telah dipukul oleh beberapa individu lain ekoran dari tindakan kejamnya terhadap kucing-kucing itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.