fbpx
Now Reading
Rider Grab Food Maut Terlanggar Lubang Sebelum Terbabas

Rider Grab Food Maut Terlanggar Lubang Sebelum Terbabas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru beberapa hari menyambut tahun baru 2021, sudah banyak tragedi yang dilaporkan didalam negara.

Bermula dengan tragedi  Jeti Feri Triso yang telah mengorbankan 9 nyawa, kemudian banjir besar yang melanda beberapa negeri yang telah mengorbankan dua nyawa iaitu di Johor dan Pahang dan semalam warga emas maut akibat jalan berlubang berhampiran pusat beli-belah Mid Valley Megamall .

Terbaru petang isnin, seorang penghantar makanan Grab Food pula maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas selepas terlanggar lubang di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara berhampiran The Curve.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dalam kejadian kira-kira 1.15 petang, mangsa, Hew Yoong Le, 31, difahamkan hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan selepas terlanggar lubang jalan.

“Pembantu perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Nik Ezanee pihak berkuasa akan melakukan bedah siasat ke atas mangsa sebaik keputusan saringan COVID-19 diperolehi.

Siasatan kes tersebut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Timbulkan kemarahan netizen

Terdahulu tular satu video selepas insiden berkenaan berlaku yang dirakamkan oleh orang awam yang dipercayai seorang penghantar makanan yang memohon pihak berwajib untuk segera membaik pulih jalan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Video berkenaan juga menimbulan kemarahan netizen memandangkan tragedi hampir sama baru sahaja berlaku semalam

Malah ramai dilihat menuding jari kepada pihak berwajib khususnya JKR yang disifatkan seolah menutup mata dalam isu jalan berlubang yang sudah meragut beberapa nyawa orang awam sedangkan sanggup membuat permohonan maaf dan terus membaiki jalan apabila orang membabitkan orang berpengaruh .

“Area sana memang banyak lubang”

Nyawa orang awak tiada nilai

Menteri jatuh kejap je buat

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.