fbpx
Now Reading
Annuar Musa Dipecat Sebagai Setiausaha Agung BN

Annuar Musa Dipecat Sebagai Setiausaha Agung BN

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Barisan Nasional (BN) hari ini memecat Tan Sri Annuar Musa daripada jawatan setiausaha agung gabungan itu.

Menerusi laporan FMT yang memetik sumber, status beliau sebagai wakil UMNO dalam sekretariat Muafakat Nasionl (MN) juga digugurkan.

Menurut sumber itu lagi, Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan akan mengambil alih peranan Menteri Wilayah itu sebagai Setiausaha Agung BN

“Sumber itu memberitahu Ahmad Maslan akan menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN. Ahmad adalah Setiausaha Agung UMNO ketika ini

Keputusan dibuat Pengerusi BN, Zahid Hamidi

Laporan dari Awani pula menyatakan keputusan berkenaan diputuskan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur pada Selasa.

“Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa

Terdahulu, Annuar Musa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno menerusi satu perkongsikan di laman Facebook pada Ahad menjelaskan beliau sanggup dipecat dalam memperjuangkan kerjasama antara parti Melayu dan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tetap pertahan keputusan MKT. ‘No DAP, No Anwar ‘ (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar). Saya tetap mahukan UMNO memimpin muafakat parti Melayu dan Islam serta menolak perpecahan ummah.

“Kalau nak pecat kerana itu silakan. Nak pertahan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan,” katanya di laman Facebooknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.