fbpx
Now Reading
Selepas Mustapaha Mohamed, Kini Rina Harun Positif Covid-19

Selepas Mustapaha Mohamed, Kini Rina Harun Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed, kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pula disahkan positif Covid-19.

Menerusi kenyataan oleh Pejabat Menteri, Rina disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam tadi (Ahad).

“Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam (Ahad),” katanya.

Difahamkan Ahli Parlimen Titiwangsa itu telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11 pagi hari ini, bagi rawatan dan pemantauan lanjut.

Menerusi kenyataan sama, beliau juga akan mematuhi garis panduan berkaitan jangkitan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Beliau memohon maaf jika perkara ini menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah SWT mempermudah segala urusan untuk semua.

“Beliau juga akan memastikan, semasa ketiadaan beliau, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala operasi kementerian akan tetap berjalan seperti biasa,” katanya.

Terdahulu semua menteri Kabinet diminta menjalani ujian saringan COVID-19, selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19.

Foto : MalayMail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.