fbpx
Now Reading
Tiada Lagi Masalah Beg Berat, Buku Teks Sekolah Kini Dalam Versi Digital

Tiada Lagi Masalah Beg Berat, Buku Teks Sekolah Kini Dalam Versi Digital

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua pasti setuju antara topik yang paling kerap dibangkitkan mengenai pelajar sekolah adalah isu beg yang berat disebabkan buku-buku teks. Malah isu ini sudah diperbincangkan bertahun-tahun lamanya.

Namun situasi ini bakal berubah bermula tahun 2021 ini selepas Perbadanan Kota Buku (PKB), agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berjaya membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’

Aplikasi ini dijangka memudahkan para pelajar sekolah mendapatkan buku teks sekolah yang diperlukan mereka secara digital.

Menerusi satu kenyataan, KPM memaklumkan kehadiran aplikasi ini akan memberi akses kepada buku teks sekolah secara digital buat murid-murid yang akan memulakan sesi persekolahan khususnya di kawasan yang sedang melaksanakan PKP hingga 26 Januari.

Tambah mereka lagi, aplikasi ini membolehkan murid mengakeses buku teks digital di mana-mana dan pada bila-bila masa dan sesuai untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Yang menariknya, mereka turut memaklukam bahwa capaian internet tidak diperlukan sekiranya aplikasi tersebut telah dimuat turun.

Perkara sama turut dikongsikan PKB menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan mereka.

“Perbadanan Kota Buku berbesar hati untuk mengumumkan bahawa buku teks sekolah di bawah KPM kini boleh didapati dalam bentuk digital. Satu usahasama bagi membantu anak-anak pelajar mendapatkan akses secara mudah” katanya.


Dalam pada itu KPM turut memaklumkan yang pelajar juga boleh boleh mendapatkan buku teks digital yang diperlukan dengan memuat turunnya melalui portal DELIMa di lini : www.moe-dl.edu.my.

Aplikasi ini KPM eTextbook Reader boleh dimuat turun secara percuma dan dipasang ke dalam peranti pintar anda. Untuk pengguna Android tekan di sini dan manakala pengguna peranti iOS tekan di sini.

Namun hasil pemerhatian kami, aplikasi ini setakat ini hanya menawarkan buku teks digital bagi sekolah menengah iaitu untuk pelajar tingkatan 1 – tingkatan 5.

Jadi buat ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah, mungkin anda perlu menunggun sedikit masa lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.