fbpx
Now Reading
Kerajaan Laksana PKP Di Kelantan Bermula 16 Januari

Kerajaan Laksana PKP Di Kelantan Bermula 16 Januari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Kelantan mulai esok 16 hingga 26 Januari.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media khas PKP/PKPB pada petang jumaat.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) ekoran peningkatan kes yang ketara di negeri itu sejak 14 hari yang lalu.

“Sehingga 14 januari, secara kumulatif sebanyak 1649 kes positif direkodkan di negeri Kelantan.

“Sejak 10 Januari 2021, purata kes harian meningkat antara 80 hingga 100 kes sehari manakala kes aktif turut meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari dari 328 kes ke 891 kes.

“Oleh itu diatas nasihat oleh KKM, Sidang Khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKP di seluruh negeri Kelantan bermula 16 januari sehingga 26 Januari” kata Ismail Sabri.

Tambah beliau semua garis panduan dan SOP PKP yang diumumkan sebelum ini adalah terpakai.

“SOP di sana sama seperti SOP di 6 negeri yang telah dilaksanakan PKP sebelum ini” kata Ismail lagi.

Terdahulu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu selama 14 hari bermula 16 Januari 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.