fbpx
Now Reading
Kes Ugut & Tampar Di Kedai Makan, Lelaki Berpangkat Datuk Direman 2 Hari

Kes Ugut & Tampar Di Kedai Makan, Lelaki Berpangkat Datuk Direman 2 Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Sejak beberapa hari lalu tular satu video berdurasi 29 saat memperlihatkan dua lelaki melakukan kekerasan terhadap seorang pelangan di sebuah restoran dipercayai di Tropicana Avenue, Petaling Jaya pada selasa lalu,

Difahamkan kejadian itu berpunca gara-gara suspek menjadi berang selepas ditegur kerana bercakap dengan nada yang tinggi oleh seorang pelanggan yang duduk di meja bersebelahan.

Turut pukul seorang wanita

Malah menerusi satu lagi video tular, suspek juga dilihat turut menampar dan memukul seorang wanita yang berada di tempat kejadian.

Ekoran dari insiden tersebut, semalam, kedua-dua suspek termasuk seorang bergelar ‘datuk’ berjaya di tahan Mutiara Damansara pada jam sekitar 3.40 petang.

Hasil pemeriksaan polis juga mendapati ‘datuk’ berkenaan mempunyai rekod lampau membabitkan ugutan jenayah dan mendatangkan bencana dua tahun lalu.

Terbaru hari ini, kedua mereka telah ditahan reman selama dua hari bagi membantu sisasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah membenarkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 42 tahun selama dua hari bermula hari ini.

Ianya dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 kanun yang sama.

Difahmakan bagi kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, mereka bakal berdepan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah pula, kedua-dua suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.