Now Reading
Skandal Kebajikan Kanak-Kanak, PM Belanda & Seluruh Kabinet Letak Jawatan

Skandal Kebajikan Kanak-Kanak, PM Belanda & Seluruh Kabinet Letak Jawatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Kerajaan Belanda diketuai Perdana Menteri Belanda Mark Rutte semalam meletak jawatan susulan skandal kebajikan kanak-kanak yang menyebabkan ribuan keluarga di sana dikenakan tuduhan palsu kerana tidak sengaja menuntut elaun anak.

Mesyuarat Ahli Parlimen Belanda di Hague sebelum ini memutuskan insiden berkenaaan telah mengakibatkan ribuan keluarga menderita pegawai percukaian, ahli politik, hakim dan kakitangan awam turut menyebabkan mereka tertekan.

Malah kebanyakan mereka yang rata-ratanya berlatarbelakangkan keluarga pendatang kemudiannya terpaksa membayar balik sejumlah besar wang yang akhirnya memusnahkan kewangan mereka.

Rutte yang menaiki basikal selepas menyerahkan perletakan jawatan kabinetnya kepada Raja Belanda

Rutte yang ditemui media selepas menyerahkan peletakan jawatan Kabinet kepada rajanya berkata kabinetnya bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

“Orang yang tidak berdosa dilayan seperti penjenayah dan hidup mereka musnah,” katanya kepada pemberita.

Rutte yang sudah memimpin Belanda sejak 2010 memaklumkan kabinetnya akan berperanan sebagai kerajaan sementara dalam memastikan pelan pemulihan Covid-19 berjalan lancar sementara menunggu pilihan raya pada pertengahan Mac hadapan.

Menteri Ekonomi Eric Wiebes meletak jawatan serta-merta kerana peranannya dalam skandal itu.

“Bebanan tugas berakhir di sini. Kami berpandangan hanya tanggungjawab bersama perlu dipertahan, jika keseluruhan sistem gagal.

Terdahulu menerusi laporan, terdapat lebih 20,000 keluarga telah didakwa melakukan penipuan di mahkamah sebelum dipaksa membayar semula wang bantuan anak-anak mereka.

Lebih mengejutkan mereka langsung tidak dibenarkan membuat rayuan bagi membantah keputusan tersebut dari tahun 2012.

Ekoran dari keputusan tersebut, banyak keluarga yang muflis dan ada juga yang berpindah keluarga akibat tuntutan melampau membabitkan puluhan ribu euro  walhal kes berkenaan hanyalah satu kesilapan kecil seperti kegagalan meletakkan tandangatan atau kesilapan dalam mengisi borang.

Namun pada Mac tahun lalu, Kerajaan Belanda akhirnya membuat permohonan maaf dan telah memperuntukkan lebih 500 juta euro sebagai pampasan yang bersamaan kira-kira 30,000 euro bagi setiap keluarga.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.