fbpx
Now Reading
20 Individu Ditahan Di Manjung, Sindiket ‘Like & Share’ Akhirnya Tumpas

20 Individu Ditahan Di Manjung, Sindiket ‘Like & Share’ Akhirnya Tumpas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Jika anda ingat di sekitar November tahun lalu, media sosial hangat membincangkan mengenai  kes skim pelaburan LikeShare yang dipercayai memperdaya mangsa dengan kerugian berjumlah puluhan ribu ringgit.

Tidak lama kemudiannya, laman pelaburan mereka serta pelaburan seangkatannya seperti iShareFans juga hilang dari radar membuktikan tanggapan orang ramai bahawa pelaburan tersebut hanyalah satu penipuan terancang.

Sekitar Disember lalu pula, netizen dan bekas pelabur mereka mendakwa sindiket tersebut sudah mula mencuba nasib mereka dengan mensasarkan mangsa baru di India

Baca artikel berkaitan : Laman Isharefans Hilang Dari Radar, Ramai Mula Tertanya-tanya & Luah Rasa Kecewa

Tidak sampai berapa bulan, Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan telah menahan 20 individu yang dipercayai terbabit dengan pelaburan tersebut di sebuah inap desa di Ayer Tawar, Manjung pada Jumaat yang lalu.

Foto : Harian Metro / Nor Hidayah Tanzizi

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, 11 darinya merupakan warga tempatan  membabitkan enam lelaki dan lima wanita termasuk dua remaja perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Manakala sembilan lagi adalah warga China yang dipercayai berperanan sebagai penyelia.

“Semua individu yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah, manakala sembilan warga asing itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Serbuan turut merampas lapan komputer riba dan 57 telefon bimbit pelbagai jenama dipercayai digunakan untuk kegiatan itu,” katanya pada sidang media di Seri Manjung, hari ini.

Mereka dari sini kemudian akan menyasarkan mangsa di India, dengan menghantar mesej di Facebook menggunakan bahasa Cina sebelum ianya diterjemahkan secara automatik ke bahasa Hindi.

Foto : Kosmo

“Modus operandi sindiket ini ialah menghantar mesej melalui Facebook Messenger kepada mangsa yang disasarkan menggunakan bahasa Cina yang kemudian diterjemahkan oleh Google ke dalam bahasa Hindi,

Kata Nor Omar lagi, kesemua pekerja tempatan yang bekerja 12 jam sehari dari jam 11:30 pagi sejak dua bulan yang lalu diberikan bayaran sebanyak RM2,000 hingga RM7,000 sebulan.

“Setiap hantaran yang ditanda suka dan dikongsi akan mendapat 22 rupee (RM1.20), tetapi mereka perlu mendaftar dengan sejumlah wang terlebih dahulu. Pembayaran dilakukan kali pertama dan selepas itu akan berlaku penipuan.

“Kita percaya sindiket ini turut membabitkan warga India kerana akaun yang digunakan untuk transaksi adalah milik individu di negara itu,” katanya.

Jelas Nor Omar, semua individu terbabit di antara 18-45 tahun kini direman selama 6 hari sehingga 21 Januari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.